Kelas Bahasa English Dan Kelas E-Learning - Giant Hamster Run
13 Ogos 2024 | Aktiviti TerkiniPada hari Isnin, 12 Ogos 2024, NADI Bengoh telah mengadakan Kelas Bahasa English dan Kelas E-learning. Seramai 2 orang kanak-kanak tempatan yang berusia 9 dan 10 tahun telah menyertai program ini. Program ini berlangsung selama 1 jam 30 minit iaitu bermula dari pukul 2:00 petang sehingga pukul 3:30 petang.
Kelas Bahasa English dimulakan dengan pengenalan asas bahasa English dalam topik ahli keluarga dan nama buah-buahan. Ini termasuk mengenal pasti jika mereka boleh membezakan antara perkataan, “Grandfather” dan “grandmother”. Mereka kemudian diberi kuiz mencari perkataan yang mempunyai dua bahagian iaitu “Family” dan “Fruits”.
Setelah itu, peserta mencuba satu lagi permainan di dalam laman sesawang “Giant Hamster Run”. Di dalam permainan ini, para peserta dikehendaki menjawab kuiz matematik yang memerlukan mereka untuk memberi jawapan bagi persoalan yang dikemukakan. Terdapat bahagian tambah, tolak, darab dan bahagi. Ia juga mempunyai beberapa peringkat dan memberikan keputusan markah bagi setiap soalan yang berjaya diselesaikan.
Objektif kelas dan permainan ini dimainkan adalah untuk menguji kecerdasan dan kepekaan para peserta muda kita dalam subjek-subjek asas sekolah. Turut dikongsikan adalah Klik Dengan Bijak, iaitu “Siber buli”. Siber buli berlaku bukan sahaja dalam kalangan anak muda, tetapi juga golongan dewasa. Malahan, sehingga kini, tindakan membuli masih lagi berleluasa bukan sahaja di sekolah, tetapi juga di tempat kerja dan media sosial. Dengan perkongsian daripada kami, kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: